{VIDEO} “Tak upaya pertahan lagi..” Wanita jatuh pengsan sebelum lafaz talak

“Tak upaya pertahan lagi..” Wanita jatuh pengsan sebelum lafaz talak.

Perkahwinan yang dibina bukan untuk saling menyakiti malah bukan juga untuk berpisah, namum jika sudah tiada daya untuk mempertahankan hubungan tersebut pasti itu jalan yang terbaik.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berani mengambil langkah tersebut terutama memikirkan anak-anak yang masih perlu kasih sayang kedua ibu bapa mereka.

Hal yang sama dilalui oleh seorang wanita di Indonesia ini apabila seakan tidak menerima tuntutan penceraian daripada suaminya.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok memaparkan wanita tersebut cukup lemah sehingga pengsan di kerusi ruangan menunggu ketika menunggu waktu masuk sidang.

Bukan itu sahaja, keadaan bertambah pilu apabila keadaan wanita itu tidak diendahkan oleh suaminya malah lelaki berkenaan memilih untuk duduk berjauhan dari isterinya.

Difahamkan, kejadian itu dirakam seorang wanita ketika menemani rakannya ke lokasi sebagai saksi perpisahan.

Rata-rata warganet turut bersimpati akan nasih yang menimpa wanita berkenaan.

Mereka juga geram akan tindakan lelaki tersebut yang tiada belas kasihan sekaligus berharap wanita bersebut reda dengan apa yang terjadi.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*