Kawan dedah sikap ‘pelik’ mangsa tiga beranak mati berpelukan.
Tragedi menyayat hati yang menimpa tiga beranak pada Sabtu, nyata mengejutkan ahli keluarga serta kenalan terdekat mangsa, Masyitoh Ibrahim yang juga merupakan seorang guru di sekolah Agama.
Menurut adik Masyitoh iaitu Mohd Asyraf Ibrahim berkata, dua beradik itu mengikut ibu mereka ke program gotong-royong pada hari kejadian kecuali anak sulungnya.
Dia yang mengetahui perkhabaran itu daripada abangnya, akui terkejut dan bergegas ke lokasi kejadian dengan harapan ketiga-tiganya selamat.
“Saya terkejut mendengar berita yang menimpa mereka, selepas dimaklumkan oleh salah seorang abang. Saya terus bergegas ke sini dengan harapan ketiga-tiganya dapat ditemukan selamat, namun reda apabila mereka disahkan meninggal dunia.”
Bercerita pula tentang perwatakan arwah kakak, Asyraf memberitahu bahawa Masyitoh seorang kakak yang ceria dan sangat baik, malah dua orang anaknya juga sangat rapat dengan ibu mereka.
Berita berkaitan : Kereta terjunam dalam sungai: Jasad tiga beranak ditemui berpelukan
Turut baca
- Hidangan ‘kaki katak’ makin dapat permintaan
- Kejadian ‘aneh’ berlaku ketika tentera sedang pasang jerangkap samar di Ukraine
Bukan sahaja adik, malah kawan kepada arwah juga turut mendedahkan keperibadiannya yang sangat ceria dan baik membuatkan dia tidak menyangka akan pemergian guru itu.
Namun, tiga beranak itu banyak mendiamkan diri ketika menghadiri program berkenaan pada hari berkenaan.
“Saya masih terbayang wajah dua anak arwah bermain di depan mata saya. Saya terkejut apabila dimaklumkan berita kereta dinaiki mereka terjunam ke sungai sebagaimana tular dalam media sosial.”
Selain itu, kawan Masyitoh turut menambah bahawa arwah sebenarnya dalam proses berpisah dengan suami, dan dua daripada tiga anak menetap bersama arwah, manakala anak sulung tinggal bersama bapa.
Leave a Reply