{VIDEO} Tular anggota ‘tunjal’ kepala penunggang motosikal ketika pemeriksaan, rupanya ini cerita sebenar

Tular satu rakaman video memaparkan tindakan agresif seorang anggota pihak berkuasa terhadap penunggang motosikal ketika proses pemeriksaan.

Klip tersebut yang tular sejak Khamis itu dikongsikan satu akaun TikTok yang menggunakan nama amyphone76.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, empat orang anggota pihak berkuasa dilihat sedang membuat pemeriksaan terhadap sekumpulan penunggang motosikal ketika waktu malam sebelum salah seorang daripadanya didengar mula meninggikan suara.

Susulan daripada itu, seorang anggota lain yang pada awalnya berada di tepi kumpulan tersebut kemudiannya dilihat mendekati salah seorang penunggang motosikal yang sedang diperiksa sebelum menamparnya.

Punca kepada situasi tersebut bagaimanapun tidak dapat diketahui dengan percakapan antara anggota dan kumpulan tersebut tidak dapat didengar dengan jelas di dalam video tersebut.

Sebuah kenderaan dipercayai membawa keempat-empat anggota pihak berkuasa tersebut turut dapat dilihat dalam video tular tersebut.

“Pukul orang yang tak melawan tak kira la orang tu salah apa pun, guna la kuasa tu dengan bijak. Jangan jadi orang yang tak bijak,” tulis perkongsian di klip terbabit.

Waktu dan lokasi kejadian bagaimanapun tidak dinyatakan dalam video pendek yang tersebar itu.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, terdapat warganet mendakwa bahawa insiden tersebut berlaku kerana salah seorang penunggang yang diperiksa itu merupakan pegawai polis.

“Betul dah tu, pegawai tu tampar anggota. Sebab ikut laporan anggota tu merempit juga, bukan undercover, sebab tu kena cepuk,” tulis Azzarudyn.

“Dia marah sebab yang dia pukul pun seorang anggota juga. Dapat info macam dia bukan menyamar ke apa, dia memang join,” ujar kongoboyka.

Namun begitu, terdapat warganet berpendapat situasi tersebut juga tidak boleh dijadikan alasan untuk anggota tersebut berbuat demikian.

“Kalau betul pun budak tu anggota pihak berkuasa, anggota tu tidak ada hak nak gunakan kekerasan,” kata daabellgunn.

“Kalau ia marah pun, jangan suka-suka nak tonjol orang,” tulis ayazidbravo.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*