{VIDEO} Berang hanya berani dengan melayu, peniaga campak barang bila disita PBT

Satu rakaman yang memaparkan peniaga mengamuk hingga mencampak barang dagangan tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, beberapa penjaja itu bertindak sedemikian kerana gerai mereka bakal disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menerusi video yang berdurasi seminit 36 saat itu, terlihat seorang lelaki mundar-mandir sambil menjerit tidak puas hati kerana dikenakan tindakan.

Lebih memburukkan keadaan, seorang wanita yang juga penjaja mula bertindak agresif dengan mencampak makanan dan minuman dagangannya.

Tidak merampas tanpa alasan, peniaga tersebut berdepan dengan tindakan undang-undang kerana berniaga tanpa lesen.

Penjaja kemudian mula menyalahkan PBT dengan dakwaan bahawa pegawai berkenaan hanya ‘berani’ dengan kaum melayu sahaja.

Rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan aksi peniaga yang bertindak di luar jangkaan dan melakukan pembaziran.

“Siapapun bersalah, aku pantang betul tengok rezeki dibuat begitu. Buang macam itu dan itu hasil jualan kau sendiri kot,” ciap seorang pengguna.

“Bila PBT datang arahkan kena tutup, mulalah salahkan PBT. Padahal sendiri menjaja secara haram.” kongsi pengguna lain.

Peniaga tersebut seharusnya tidak terlalu larut dengan emosi kerana pembaziran rezeki adalah satu amalan yang dilarang terutamanya bagi umat Islam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*