{VIDEO} Nahas 5 kenderaan : Botol ‘pelik’ ditemui dalam kereta Myvi

Nahas 5 kenderaan : Botol ‘pelik’ ditemui dalam kereta Myvi.

Sejak semalam tular akan sebuah video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan menyebabkan lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan.

Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.

Dalam pada itu, tular juga video orang ramai menemui botol yang mencurigakan di dalam kenderaan berkenaan yang dipercayai menjadi punca pemandu memandu dengan laju.

Malah, dalam video yang lain pula dapat dilihat pemuda berkenaan seolah-olah sedang ‘berkhayal’ ketika dikelilingi penunggang motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dipandu lelaki berumur 44 tahun di hadapannya.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Akibat pelanggaran pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.

“Tayar berkenaan terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena pada sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berumur 32 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, kesemua mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*