Jiran ‘dedah’ perbuatan suspek sebelum kejadian

Jiran ‘dedah’ perbuatan suspek sebelum kejadian.

Menerusi Berita Harian, lelaki yang membunuh dan mengerat 15 anggota badan ibunya, seorang yang berperwatakan serius dan sering mengutip dan mengumpul barangan terpakai di perkarangan rumahnya di Taman Kerian, Parit Buntar.

Menerut kenyataan jiran yang enggan dikenali, mereka pernah melihat suspek membunuh seekor kucing yang masuk ke perkarangan rumahnya menggunakan sebilah pisau beberapa tahun yang lalu.

“Beberapa tahun dulu, saya terkejut apabila menyaksikan dia membunuh seekor kucing yang masuk ke perkarangan rumah menggunakan sebilah pisau.”

Tambah jiran tersebut, suspek juga merupakan seorang yang sangat serius dan tidak bergaul dengan orang sekeliling.

“Dia (suspek) jenis yang pendiam, serius dan tidak bercampur dengan masyarakat.

“Kami terkesan dan trauma apabila mengetahui suspek tergamak bertindak sedemikian pada ibunya.

“Malah, sepanjang tempoh seminggu ini, kami langsung tidak mendengar sebarang bunyi apa-apa sama ada ketukan atau jeritan seperti kebiasan daripada rumah suspek sehinggalah ketibaan pihak polis semalam.”

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*