“4 tahun jadi isteri yang jahat…” Wanita ‘kongsi’ cerita sebagai seorang ‘pendosa’.
Masa tunang lagi aku dah cakap dengan keluarga nak batalkan pertunangan tapi diorang tak bagi takut malu. Bila kahwin, aku betul2 berubah. Baju membeIah dada, skirt sampai atas peha. Itu sudah biasa bagi aku. Solat? Tak pernah selama aku kahwin. Selepas 4 tahun baru aku sedar..
Hari ni aku nak kongsikan cerita aku sebagai seorang pendosa yang sering dibelenggu dengan dosa-dosa silam. Aku berkenalan dengan suami aku sewaktu umur aku 19 tahun. Pada umur tersebut aku hanya ada dia dan itulah kali pertama aku mengenal erti cinta.
Awal bercinta memang indah, sampai aku meletakkan cinta aku No. 1 lebih dari segalanya. 1 hari aku diduga selepas dia menamatkan latihan di Pulapol. Rupanya dia mempunyai kekasih gelap dalam diam. Sejujurnya perasaan aku sangat kecewa dan berkecamuk. Hampir giIa dibuatnya.
3 Bulan dia membiarkan aku terkapai – kapai. Mesej semua jarang sekali dibaIas. Aku rasa dunia aku gelap. Pada usia 19 tahun, aku masih seorang pelajar lagi. Tak berfikir panjang. Setiap hari aku makan panadol dan aku hanya mampu tidur 30minit.
Bangun daripada tidur, aku akan teringatkan dia bersama perempuan itu. Sampai 1 tahap, aku desak keluarganya untuk aturkan perkahwinan kami. Semasa persiapan kahwin, aku handle sorang – sorang. Indah bila tengok orang lain kahwin cari rantai sama – sama, cari baju kahwin sama – sama tapi aku tak!
Turut baca
- {VIDEO} “Selamba tak pakai topi keledar…” Wanita hadap abam polis sambil cekak pinggang
- Tambang bas sekolah mungkin naik, ini puncanya
- Gara-gara buat tuntutan palsu, Penyelia Rela dipenjara 14 hari, denda RM10,000
- Pilu !!! 11 bayi baharu lahir terkorban hospital terbakar
- “Sendiri cari pasal…” Padah buat bising, sekumpulan remaja dikesan polis
- Mengejutkan !!! Bayi disahkan mati didengari menangis semasa upacara pengebumian
Semua aku buat sendiri. Sebelum kahwin, aku kenal dengan sorang lelaki yang sudi mendengar luahan hati aku. Aku rasa laki itu mungkin lebih baik daripada dia. Tunang aku waktu tu, dia sibuk pert4hankan perempuan simpanan dia.
Aku stress bila semua benda aku kena buat sendiri seperti aku kahwin syok sendiri. Bila aku suarakan hasrat untuk putvs hubungan dengan tunang, keluarga aku tak setuju sebab takut menanggung malu. Nak tak nak, aku terp4ksa teruskan perkahwinan. Masa nak kahwin tu. Dia pelik tengok aku pula berubah arah. Dia merayu pada aku supaya aku kembali hati kepada dia. Aku tawar hati untuk teruskan perkahwinan. Namun aku gagal. Aku berkahwin juga demi menutup malu family aku jika perkahwinan terbatal.
Aku pun kahwin dengan dia. Bermula daripada itu, episod d0sa aku bermula selepas aku mula mengenali ramai lelaki – lelaki di luar sana. Waktu aku berkerja di 1 syarik4t, aku mempunyai ramai kenalan daripada komuniti motorsport.
Dalam diam ada yang mengenali aku lebih rapat. Aku lebih utamakan melepak di luar bersama rakan – rakan laki daripada aku balik rumah hadap suami aku. Mungkin perasaan sayang dan perasaan bersalah pada waktu tu, dah tak ada.
4 tahun berkahwin, rumahtangga aku terabai. Tiap kali hujung minggu mesti aku akan menghilangkan diri dan dia tak dapat kesan. Kadang – kadang melepak sampai tak ingat dunia. Kadang – kadang aku minum ar4k dan macam – macam. Baju membeIah dada, skirt sampai atas peha. Itu sudah biasa bagi aku. Solat? Tak pernah selama aku kahwin. Sudah lama aku tinggalkan. Ibu ayah?? Aku langsung tak balik kampung. Kalau balik pun mungkin singgah 1 jam.
Lepas tu aku pergi melepak. Aku takkan benarkan suami aku singgah ke rumah aku. Agak susah sebab aku tak suka dia menyibuk hal aku atau tahu aktiviti aku. Selepas 4 tahun kahwin, Allah datangkan aku 1 keinsafan di mana aku terasa dunia aku sem4kin singkat. Sampai bila aku harus bergelumang d0sa? Dengan sedikit keberanian. Aku bertentangan mata dengan suami aku dan bagitahu dia yang aku seorang pend0sa yang melakukan keburukan yang amat dahsyat. Suami aku langsung tak boleh terima dan menjatuhkan taIak Satu di mahkamah.
Aku redha dan aku mula mencari Allah. Allah Maha pengampun dan Dia tak pernah tinggalkan saat aku betul – betul buntu. Aku tinggalkan seluruh harta yang aku ada. Aku tinggalkan semua apa yang ada di rumah itu. Aku berhenti kerja. Aku kembali ke pangkuan keluarga. Saat itu, kawan – kawan yang bersama aku bersuka ria. Hilang. Adik beradik semua tak ada nak tolong dari segi kewangan mahupun nasihat. Aku hanya ada Mak ayah. Betul cakap orang.
Orang yang tak akan tinggalkan kita dalam ape jua keadaan adalah mak ayah kita. Tahun berikutnya, zaman aku berubah dan aku tinggalkan semua kisah duka aku, Daku sebagai perempuan yang jahat dan isteri yang jijik. Aku kembali bertaubat kepadamu Ya Allah. Kau ampuni d0sa – d0saku. Masa aku bercerai, aku ada RM2000. Pada masa yang sama, mak aku perIukan wang RM 1000 untuk rawat selaput mata dia akibat k3ncing manis. Aku bagi mak RM 1000. Namun dalam diam mak beli motor dekat aku.
Sedih bila kenang kisah tu. Besar betul jasa mak untuk memberi kebahagian anak dia. Walaupun anak dia pend0sa. Siang malam aku kerja. Aku berdoa, aku baca Al Waqiah setiap hari. Aku mengerjakan solat dhuha setiap hari. Aku mohon pada Allah. ‘Ya Allah, kau tunjukkan lah aku jalan untuk aku dapat membuka perniagaan.’ Allah maha mendengar. Aku dapat membawa masuk barangan import dalam masa 2 bulan selepas bercerai. Serius aku pun tak sangka Allah bagi petunjuk sehingga aku mulakan bisnes pada bulan 2, masa bulan 4, Allah bagi aku rezeki aku beli vios cash hanya dalam tempoh 2 bulan. Alhamdulillah.
Orang yang aku tak lupa adalah mak ayah aku. Mereka yang sentiasa ada belakang aku, tak pandang jijik dekat anak dia yang banyak d0sa ni. Besar betul hikmah aku bercerai. 1 tahun aku berniaga sendiri, hanya bermodalkan internet, aku mampu bayar ptptn cash yang selama ni aku tak pernah bayar sebab tak mampu.
Aku mampu kahwin kali kedua dengan duit aku sendiri. Total 1 tahun, aku dapat untung beratus ribu. Mungkin bagi mereka yang kaya, amount itu sedikit. Tapi amat bermakna bagi aku yang bermula dari zero selepas proses perceraian.
Terima Kasih Ya Allah bantu hamba mu yang berdosa. Masih ada lagi hitung dosa aku di akhir4t sana. Ya Allah. kau permudahkan hitungan d0sa aku di sana. Sesungguhnya aku adalah insan k3ji lagi h1na. Aku bukan isteri yang baik dan aku bukan anak yang baik. Semoga aku dapat berbakti kepada orang tua aku setelah lama aku mengabaikan mereka berdua semasa perkahwinan pertama aku. Amin.
Leave a Reply