Ydp YADIM tegur ahli parlimen PN keluar kenyataan lucah

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia(YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menegur ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan memalukan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Hasanuddin memberi maklum balas tentang kejadian Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Haji Mohd Suhaimi Bin Haji Abdullah yang menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok berkaitan sama ada di Langkawi masih dibenarkan memakai seluar pendek atau tidak. Jawapan yang diberikan oleh pemimpin BERSATU itu boleh mendatangkan aib dan memalukan umat Islam memandangkan ia boleh disalah tafsirkan.

Tambah Hasanuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Langat itu, rakyat Malaysia kecewa apabila ada ahli parlimen yang mengaku duduk di jalur Islam dan agamawan namun dangkal akhlaknya.

Adakah bermain politik di dalam Dewan Rakyat lebih besar daripada menjaga akhlak seorang muslim? Soal Hasanuddin. Sedangkan beliau menjelaskan, Islam bukan sahaja menyeru supaya menjaga pandangan ketika berhadapan dengan rangsangan seks, malah perlu mengelak daripada mendengar dan membayangkan perkara lucah.

Sambil memetik surah al-isra` ayat 36, yang bermaksud “Dan janganlah Engkau mengikut apa yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. Hasanuddin berkata tindakan Ahli Parlimen tersebut memalukan seluruh Islam apabila mengiklankan beliau cuba membayangkan Ahli Parlimen wanita dalam keadaan tidak berpakaian ke pantai Langkawi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*