Yasin ‘syukur’ terlepas hukuman gantung.
Selepas selesai menjalani proses perbicaraan berhubung kes memiliki dan mengedar dadah jenis ganja sebentar tadi, penyanyi nasyid dan komposer Yasin Sulaiman lega akhirnya terlepas hukuman gantung.
Selain itu, Yasin juga luah syukur dengan keputusan mahkamah yang menurutnya adalah satu perkembangan positif.
“Alhamdulillah, saya mengikuti proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.”
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya.”
Untuk makluman, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.
Berdasarkan sebutan kes pada Mac lalu, anggaran berat dadah itu adalah 214 gram selain menemui pokok ganja yang ditanam di rumahnya.
Bagaimanapun, dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis nkanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39 A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Turut baca
Leave a Reply