Wanita hamil tanpa hubungan kelamin undang kekeliruan ramai

{"origin":"gallery","uid":"399A6974-5889-4AAF-B45B-FF175FC3E31B_1613314054749","source":"other"}

Seorang wanita di Jawa Barat, Indonesia mengundang kekeliruan ramai apabila mendakwa telah mengandung dan melahirkan anak tanpa melakukan hubungan seks.

Siti Zainah, 25, menyatakan dia hanya menyedari kehamilan itu sejam sebelum melahirkan anak.

Jelasnya, keadaan perut pada awalnya tidak buncit dan kitaran haid pun masih normal setiap bulan.
Walaubagaimanapun, menurut Siti Zainah, dia merasakan ada perkara ganjil berlaku sebelum melahirkan anaknya.

“Saya sempat merasa ganjil seperti ada suara angin yang masuk ke dalam rahim.

“Beberapa jam sebelum melahirkan, saya merasa ada yang masuk ke dalam rahim dan terasa sakit.

“Selepas 15 minit, perut saya tiba tiba buncit dan membesar. Selang dua minit perut saya kembali rata dan besar lagi,” katanya.

Tambah Siti Zainah, dia secara jujurnya berasa takut dengan situasi pelik itu.

“Namun ini mungkin takdir saya dari Allah SWT. Paling penting bayi ini sihat,” katanya.

Difahamkan, Siti Zainah yang tinggal di Desa Sukapura, Kabupaten Cianjur itu melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg.

Pada masa sama, polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai peristiwa aneh tersebut.

Siasatan awal polis mendapati wanita terbabit telah pun bercerai empat bulan lalu.

Hasil perkahwinan lamanya, dia dan bekas suami dikurniakan seorang cahaya mata.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*