Wanita hamil maut ditembak, lelaki bergelar ‘Aimay’ diburu polis

Wanita hamil maut ditembak, lelaki bergelar ‘Aimay’ diburu polis.

Polis Kelantan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh wanita hamil dengan kesan tembakan pada perut, dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, Kelantan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pasir Mas Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, 21, atau nama gelarannya ‘Aimay’ yang berasal dari Kampung Pak Jak, Pasir Mas, Kelantan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819 atau mana-mana balai polis terdekat.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan maut dalam kereta dengan kesan tembakan.

Mangsa meninggalkan tiga cahaya mata berusia antara tiga sehingga 10 tahun.

Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok, Pasir Mas pada Ahad lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*