Seorang mangsa jenayah pemerdagangan manusia di Vietnam merayu rakyat Malaysia agar usah tertarik dengan tawaran kerja gaji lumayan di luar negara yang diragui.
Dia yang hanya hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 28, dari Pontian, Johor mendakwa ketika menjadi mangsa pemerdagangan, dia sering diarahkan makan babi sepanjang berada di negara berkenaan lebih setahun lalu.
“Ada ramai lagi warga Malaysia di sana yang masih terkandas dan kami semua asalnya ditawarkan konon akan kerja kasino di Ho Chi Minh City,” katanya yang juga antara sembilan mangsa skim jenayah penipuan atas talian yang ditemui di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Mereka diselamatkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) setelah menerima aduan mengenai kes terbabit daripada mangsa sendiri akhir tahun lalu.
Kumpulan berkenaan terdiri daripada enam berbangsa Melayu dan tiga kaum Cina dengan pecahan jantina masing-masing enam orang lelaki dan selebihnya adalah perempuan.
Mengulas lanjut, Faizal mendakwa mereka ke sana pada Februari tahun lalu dan dikerah bertugas sebagai ejen panggilan palsu yang sindiketnya didalangi seorang warga Taiwan.
“Ibu bapa kami kemudian baru dapat tahu ramai terperangkap kena tipu di sana namun tidak dapat berbuat apa-apa sebelum kami berjaya menghubungi MHO sendiri,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Misi MHO, Azirul Syafiq Sazali berkata, selepas menerima maklumat mangsa, pihaknya segera menghubungi polis di Vietnam.
Susulan aduan yang dikemukakan, pasukan keselamatan negara itu bertindak melakukan serbuan mengejut di pusat jenayah berkenaan dan turut berjaya menahan ketua sindiket.
Turut baca :
- Selamba ‘terjah’ majlis kahwin orang tak kenal sebab nak makan percuma, dua sekawan dikecam
- {VIDEO} Peniaga akui harga sebenar RM9.40 sahaja – Jual 3 biji nanas cecah RM100 punca pelancong wanita mengamuk
- Wanita sarat mengandung terduduk tahan sakit kejar peragut – ‘Akak pun tak sedar yang akak tengah mengandung waktu kejar dia’
Leave a Reply