{VIDEO}”Kenapa Allah tak kahwinkan kau” – Perkongsian lelaki jaga ibu sakit sentuh hati ramai

Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita, tanpa mereka tidaklah kita berjaya seperti sekarang

Pengorbanan mereka memang tiada tandingannya. Namun, seiring dengan usia, mereka semakin lama semakin tua. Anak-anak pula sudah berkahwin dan sibuk menguruskan kerjaya sendiri.

Iyalah, ibu bapa pasti mahu lihat kita berjaya dan menjadi orang berguna. Sebagai anak, pastinya berat untuk kita meninggalkan ibu bapa kita yang jauh berada di kampung. Sebab itu ada yang sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu bapa mereka.

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh seorang lelaki ini yang menceritakan kisahnya telah menyentuh hati ramai.

Ambil keputusan berhenti kerja selepas keadaan ibu merosot

Menerusi video tersebut, kelihatan Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil sedang mengendalikan segmen di radio Kool101 bersama dengan penyampai yang lain.

Mereka telah menerima satu panggilan daripada seorang lelaki yang kemudiannya berkongsi kisah sedihnya.

Difahamkan, pemanggil berkenaan yang bernama Azaly menceritakan dia kini menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit selepas kematian bapanya. Dia juga masih bujang dan tidak mempunyai keluarga sendiri lagi.

Turut baca :

Dia pada masa itu masih mempunyai pekerjaan, namun oleh kerana keadaan ibunya, dia telah menghantar surat resign tetapi majikannya menasihatkan agar dia mengambil cuti tanpa gaji terlebih dahulu.

Tetapi, selepas sekian lama keadaan ibunya bertambah makin teruk dan dia nekad untuk kali ini betul-betul berhenti kerja.

“Mak tak boleh berjalan ataupun bertatih pun. Malangnya mak masih lagi tak boleh terima dia punya keadaan macam tu dengan abah macam tu. Jadi saya hantar lagi surat resign sebab saya taknak company saya bermasalah kerana saya.

“Bos bagi lagi 3 bulan sebab saya dah 14 tahun dah kerja kat situ. Saya mesej dekat bos saya bos saya datang dengan dia punya P.A. dia bagi pampasan dekat saya,” katanya.

Apa yang menambah sebak ramai adalah apabila Pak Nil menganggap ia adalah ganjaran yang sangat besar buat Azaly.

“Saya fikir beginilah, kenapa Allah tak kahwinkan kau sebab Allah nak bagi syurga,” kata Pak Nil.

Lihat video penuh itu di bawah:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*