{VIDEO} “Umpama sudah jatuh ditimpa tangga…” Tak sempat tolak motor ke tepi, lelaki ‘disapu’ trak pikap di LDP

MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia tanpa disangka-sangka dilanggar oleh trak pikap di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Menurut perkongsian oleh Khairil Saufi di Facebook, kejadian yang berlaku sewaktu hujan sedang turun itu terjadi semasa dia baru saja keluar daripada susur untuk memasuki LDP pada Jumaat.

Menerusi video dari kamera papan pemuka kenderaan (dashcam), lelaki tersebut sedang berusaha perlahan-lahan membawa motosikal ditungganginya ke tepi lebuhraya.

Namun begitu, belum sempat dia menolak motosikalnya ke tepi, sebuah trak pikap telah melanggar lelaki tersebut hingga tercampak ke jalan raya.

Pelanggaran dari jarak dekat itu membuatkan mangsa tercampak sambil topi keledar keselamatannya turut tercabut dari kepalanya serta beg yang disandangnya turut tercampak.

Lebih memilukan, mangsa turut terbaring kaku di atas jalan selepas pelanggaran berlaku. Menurut Khairil, mangsa tersebut dipercayai telah pengsan selepas dilanggar. Mangsa tersebut kemudiannya pengsan untuk satu tempoh yang lama sebelum kembali sedarkan diri.

Menurut maklumat orang awam, mangsa dikatakan mahu membawa motosikalnya ke tepi selepas kenderaan miliknya itu mengalami kerosakan.

Mujur buat mangsa, apabila kenderaan yang melanggarnya itu tidak melarikan diri sebaliknya membantunya untuk mendapatkan rawatan.

Malah menurut orang awam, mangsa kemudiannya telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*