Gempar langit Dubai bertukar warna hijau selepas banjir besar

Gempar langit Dubai bertukar warna hijau selepas banjir besar.

Penduduk kota raya Dubai menyaksikan fenomena aneh langit berubah menjadi warna hijau ketika cuaca buruk melanda Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita Daily Express semalam.

Walaupun sesetengah kawasan menjadi gelap pada waktu siang, sebahagian penduduk terpesona melihat pemandangan langit berwarna hijau.

Ia merupakan kejadian yang jarang berlaku selepas cuaca buruk melanda UAE pada Selasa lalu.

Seorang saksi menulis di platform X: “Saya jarang memuat naik video tetapi langit di sini bertukar hijau hari ini (Selasa lalu) dan kelihatan begitu menakutkan seperti dalam filem sains fiksyen.”

Pada Selasa lalu, Dubai mengalami hujan paling lebat pernah direkodkan apabila pusat beli-belah dan jalan-jalan raya dilanda banjir kilat, manakala seorang penduduk disahkan terkorban.

Hujan lebat itu turut menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ditenggelami air sehingga menjejaskan operasi penerbangan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*