{VIDEO} Treler terbakar di Lebuhraya, ketiadaan pemandu jadi tanda tanya

Treler terbakar di Lebuhraya, ketiadaan pemandu jadi tanda tanya. Sebuah treler musnah selepas terbakar di Kilometer (KM) 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, 8.40 pagi, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, bagaimanapun, ketika pihaknya tiba, pemandu treler terbabit tiada di lokasi dan statusnya belum diketahui.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian 8.42 pagi sebelum sepasukan petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban bergegas ke lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan treler yang terbakar di bahagian ‘kepala’ dan musnah 100 peratus.

“Pemandunya belum diketahui keberadaannya. Kerja pemadaman dan pembersihan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Facebook memaklumkan kejadian menyebabkan semua lorong terhalang.

“Status terkini pada jam 9.28 pagi, semua lorong masih terhalang. Kenderaan dilencongkan ke Plaza Tol Port Dickson,” katanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*