{VIDEO} Tiang TNB tengah jalan, dah viral baru gerak, kata netizen

Tiang TNB tengah jalan, dah viral baru gerak, kata netizen.  Baru-baru ini, tular sebuah video menyaksikan kejadian pelik bilamana tiang elektrik di sebuah kawasan perkampungan diletakkan di tengah jalan.

Video itu menerima pelbagai respon yang rata-ratanya akui itu merupakan kejadian tak masuk akal dan bagaimanapun projek sebegitu diluluskan.

Bagaimanapun, sumber melaporkan tiang elektrik berkenaan telahpun dialihkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Khamis malam.

Perkara itu dikongsi oleh Lando Zawawi menerusi hantaran terbaharunya di Facebook yang menyaksikan beberapa keping gambar kerja-kerja mengalih tiang elektrik yang berada di tengah jalan.

Difahamkan, sekitar dua minggu lalu terdapat kerja-kerja pelebaran jalan kawasan tersebut yang dipercayai dilakukan di Hulu Selangor.

Namun begitu, projek tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak TNB sekaligus menyebabkan berlakunya insiden tersebut yang mana sekaligus mengundang bahaya kepada penduduk kampung di situ.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*