{VIDEO} “Tak gentle, dah tendang lari…” Tular video lelaki sepak motor kapcai, keluarga buru pelaku

“Tak gentle, dah tendang lari…” Tular video lelaki sepak motor kapcai, keluarga buru pelaku. Tindakan kasar pemilik motor berkuasa tinggi menendang motosikal kapcaidi lebuhraya mengundang pelbagai respon dari kalangan wargamaya, lebih-lebih lagi sehingga mengakibatkan pemilik pacuan dua roda itu terjatuh.

Sorotan itu dapat dilihat menerusi perkongsian @doqtahu di laman Twitter yang memaparkan detik sebelum berlakunya kemalangan kecil itu.

Di awal video tersebut, kelihatan penunggang motosikal besar itu mengangkat kakinya seperti hendak menyepak motosikal yang berjalan bersebelahan dengannya, namun tidak berjaya.

Beberapa meter selepas itu, dia sepertinya menolak cermin sisi motor kapcai tadi selepas cubaan pertama tadi gagal hingga menyebabkan penunggang motosikal itu dan pemboncengnya terjatuh.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Jalan Kuantan-Pekan berdekatan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sekitar jam 6.30 petang.

Sungguhpun begitu, netizen beranggapan pasti berlakunya sedikit salah faham antara kedua-dua belah pihak itu sehingga pemilik motosikal besar berkenaan nekad berbuat demikian.

Dalam waktu sama, tak dinafikan tindakan berani tersebut sememangnya akan merisikokan diri sendiri jika berlaku kejadian tak diingini melibatkan pemilik motosikal kapcai itu.

Walau bagaimanapun, sumber memaklumkan pelaku telahpun berjaya dikesan dan ditahan oleh pihak polis.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*