“Semoga terus kuat terrr…” 2 hari lagi nak nikah, gadis kecewa bakal suami jauhkan diri.
Siapa tidak gembira bakal bergelar raja sehari. Tentunya ketika menanti hari bahagia tersebut, pelbagai persiapan telah dilakukan sekaligus melakukan temapahan apa yang perlu.
Bagaimanapun, siapa sangka hari bahagia yang sepatutnya penuh kegembiraan itu bertukar menjadi sebaliknya apabila insan yang dipercayai tiba-tiba menjauhkan diri.
Itulah yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Jieyhaa ini apabila berkongsi kisah dukanya apabila majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan.
Menurut gadis berkenaan, dari awal lagi dia sudah mendapat pelbagai dugaan seperti mengalami masalah dengan baju serta cincin bertunangnya.
Memilih meneruskan hubungan tersebut, gadis ini berkongsi momen dirinya melakukan persiapan yang hampir sempurna dari segi baju pengantin, menghias bilik serta penyediaan ‘doorgift’.
Bagaimanapun, siapa sangka apabila dua hari lagi majlis pernikahan bakal suaminya menjauhkan diri dari gadis tersebut hingga membuatnya ke pejabat agama untuk membatalkan majlis akad nikah mereka.
Akui sedih akan dugaan yang dilalui, namun gadis ini percaya bahawa dirinya hanya mampu merancang namun Allah S.W.T menentukan segalanya.
Rata-rata bersimpati melihat nasib gadis berkenaan. Malah, mereka juga berharap gadis tersebut terus kuat akan ujian yang dilaluinya. Bahkan, mendoakan yang baik-baik buat gadis berkenaan.
Turut baca
Leave a Reply