{VIDEO} Selepas lokap Mantin, KPN ‘terjah’ balai polis Tambun

Selepas lokap Mantin, KPN ‘terjah’ balai polis Tambun.

Lawatan mengejut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut dirasai anggota serta pegawai di Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak, semalam.

Razarudin menerusi hantaran di TikToknya berkata, lawatan mengejut itu dibuat selepas lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Kontinjen Perak.

Dalam video berdurasi tiga minit 28 saat itu, beliau yang mengenakan baju Melayu putih dilihat memantau kawasan sekitar dan operasi harian pasukan Sang Saka Biru.

Bukan itu sahaja, Razarudin juga tidak terlepas memeriksa peti sejuk dan memastikan kemudahan seperti tandas di balai berkenaan berfungsi dengan baik.

Beliau turut mengambil peluang berkomunikasi menggunakan ‘walkie talkie’ seterusnya menyampaikan amanat penting kepada anggotanya.

“Sebagai penyelia, jalankan tugas serta tanggungjawab. Mana-mana petugas di lapangan, sekiranya menahan atau memeriksa mana-mana orang, perlu lapor kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC).

“Saya minta penyelia yang ada untuk mendengar sekiranya perlu untuk membantu atau diperiksa di lapangan

“Saya minta petugas di lapangan untuk bekerja dengan ikhlas, jaga diri, keselamatan dan jaga kesejahteraan masyarakat,” pesan beliau.

Selain menzahirkan penghargaan kepada semua petugas di lapangan, beliau juga berharap mereka meneruskan usaha cemerlang demi agama, bangsa dan negara.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Razarudin telah melawat DCC Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kajang, Selangor seterusnya, lbu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*