{VIDEO} “Saya minta jaga kerja, nyawa…” KPN ‘terjah’ lokap balai Mantin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meneruskan tinjauan penugasan pegawai dan anggota di lapangan dengan melawat lbu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan, semalam.

Difahamkan, lawatan mengejut itu adalah susulan daripada tinjauan beliau ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Daerah Kajang pada Sabtu lalu.

Razarudin menerusi akaun TikToknya berkata, tindakan itu adalah bagi memantau sendiri operasi harian yang dilaksanakan anggota serta pegawainya.

“Tujuan tinjauan mengejut itu dilakukan bukanlah untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, malah lebih kepada memberi teguran serta memperbetulkan amalan tugasan agar tidak tersasar daripada landasan pasukan.

“Sama-sama kita perbetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Insya-Allah,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, beliau sempat memberi nasihat serta teguran kepada anggotanya yang bertugas.

“Saya minta jaga kerja, nyawa, keselamatan kita serta harta kerajaan.

“Sekiranya baik anda di lapangan (melaksanakan tugas), maka baiklah PDRM (imej pasukan,” ujarnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*