Seorang wanita didakwa menyamar sebagai pengemis selepas video mengenainya menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda HRV tersebar di media sosial.
Berdasarkan video di laman X, rahsia wanita itu terbongkar apabila seorang lelaki mengekorinya hingga ke kenderaannya selepas meminta derma di satu lokasi.
“Naik Honda oi. Naik Honda, kau peminta sedekah naik Honda, jauh kau parking sebab tu aku jumpa kau kat Keramat hari tu,” sergah lelaki itu.
Cemas dengan sergahan tersebut, wanita itu segera menafikan kenderaan itu miliknya.
“Kawan punya saya pinjam. Saya tak ada duit awak boleh cek. Saya tak ada duit nak beli barang,” kata pengemis itu.
Wanita itu juga mendakwa rakannya membantunya mengisi petrol.
Turut baca :
- Gerai jual martabak ada kain lap berdepan tindakan
- Tak puas hati kena tendang punca lelaki maut ditumbuk warga asing
- “Kita punya perkataan L&M warna kuning…” ‘Kami bukan KK Mart, kami L&M Mart’
Rata-rata semua pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan pandangan soal bersedekah.
“Sebab itu ada hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bermula dari ahli keluarga terdekat selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Isra’ ayat 26,” komen @ciktortoro.
“Bukan nak skeptikal. Lagi baik kita sedekah ke masjid dan jiran-jiran kita yang betul-betul memerlukan,” komen Amirul.
“Aku dah pernah kena tipu sekali sampai sekarang aku tak percaya orang minta sedekah jual tisu, lantaklah orang cakap apa,” komen Fitri.
Sehingga kini video tersebut mendapat 691,000 tontonan, 1,900 tanda suka dan 1,400 perkongsian.
Minta sedekah lagi kaya dari kau yang keje siang malam.
📹 Iqbal Blues pic.twitter.com/BwgNM4cknQ
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 25, 2024
Leave a Reply