{VIDEO} Rasa tak bersalah, lelaki kantoi ‘pancut’ di ruang parkir

Tindakan seorang lelaki membuang air kecil di ruang parkir stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Rabu mengundang kecaman warganet.

Dipercayai sengaja melakukan perbuatan itu, insiden berkenaan dirakamkan oleh seorang individu yang berada di tempat kejadian.

Terkejut dengan kehadiran si perakam, lelaki terbabit kemudiannya terus beredar dan bergerak ke arah kenderaannya.

Dikongsikan di laman Twitter, rakaman itu meraih lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini.

Terdahulu, satu kes serupa dilaporkan berlaku baru-baru ini dengan seorang lelaki berkopiah dirakam membuang air kecil di belakang bonet sebuah kereta.

Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup pada Khamis malam itu menunjukkan individu terbabit sempat menanggalkan kopiahnya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kedua-dua kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*