“Macam tak de otak” – Mak ayah naik angin, anak darjah satu kena ‘kurung’ macam banduan

Tindakan seorang guru yang didakwa mengurung murid tahun satu di sebalik jeriji besi di sebuah sekolah rendah mendatangkan kemarahan ibu bapa.

Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah sekolah rendah di Kota, Negeri Sembilan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan di laman Twitter pada Selasa.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di Twitter itu, turut kelihatan beberapa barangan pembersihan termasuk kotak elektrik (DB Box) diletakkan di dalam kawasan berkenaan.

Menerusi tangkap layar perbualan antara ibu bapa dan dan guru sekolah tersebut, difahamkan seorang bapa bertanya sama ada benar anak lelakinya dikurung di sebalik jeriji besi berkenaan.

“Salam, pertanyaan. Betul ke anak saya M*****d S*****r S******n diletakkan di dalam bilik berjaring untuk pengasingan?

“Tidak ada yang jawab ke? Kejap, saya ke sekolah. Saya nak jumpa Cikgu A****l, Cikgu Z****a dan guru besar,” katanya menerusi perbualan di grup WhatsApp.

Seorang guru kemudian menampilkan diri dan mengaku bahawa dirinya yang telah mengurung pelajar tersebut.

“Salam, ya memang saya yang letakkan,” ujarnya.

"Macam tak de otak" - Mak ayah naik angin, anak darjah satu kena ‘kurung’ macam banduan

Pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan ibu bapa yang mempertikaikan tujuan sekolah itu membina pagar besi berkenaan.

Ada yang berpendapat, tindakan yang melampaui batas itu sememangnya satu tindakan yang tidak boleh diterima akal.

“Dalam ni anak aku dikurung, diasingkan, budak darjah satu.

“Rosak emosi budak nak ke sekolah, macam tak ada otak,” ujar ibu bapa tersebut.

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*