{VIDEO} “Ramai cakap harga kayangan…” MAHA 2022 kurang pengunjung, peniaga sedih jualan tak laku

MAHA 2022 atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia telah membuka tirai pada 4 Ogos sehingga 14 Ogos ini. Selama 11 hari diadakan, pameran dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang.

Pameran pertanian terbesar dan berprestij ini juga menonjolkan sebanyak 1,500 gerai pa­meran dengan jangkaan 100,000 keha­diran pengunjung setiap hari.

Manakala konsep yang dibawa pada tahun ini masih dikekalkan seperti dahulu, namun ada sedikit kelainan pada MAHA 2022 mengetengahkan lebih banyak pempamer tempatan berbanding sebelum ini.

Pastinya peniaga yang mengambil tempat dalam pameran kali ini mengharapkan pulangan yang lumayan memandangkan jangkaan kira-kira 100,000 yang hadir setiap hari.

Namun lain pula yang berlaku apabila ada peniaga yang mula meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila barang yang dipamerkan mereka tidak laku.

Seperti mana yang dikongsikan oleh MohdFaizalOmar87 menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan perniagaan buahnya yang kurang mendapat sambutan. Faizal telah menurunkan kira-kira 5 tan buah namun kelihatan tiada pengunjung yang membeli.

Malah menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas pelbagai jenis buah yang masih berlonggok di atas meja. Kawasan persekitaran juga tidak kelihatan sosok manusia. Sempat bertanya, 100k pengunjung pergi mana?

Pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya meninggalkan komen menyatakan harga makanan, buahan dan barangan yang dijual di sana mahal.

Ada juga yang menulis, buat pameran pada musim atau hari persekolahan memang saja cari penyakit. Ya la kan, apabila musim sekolah agak sukar bagi ibu bapa serta anak-anak keluar.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*