{VIDEO} Protes disaman polis, lelaki berjubah, berserban bertindak di luar jangka

SEORANG lelaki lengkap berpakaian jubah dan serban bertindak di luar jangkaan kerana duduk bersila di tengah jalan raya di hadapan Masjid Terapung Amahami, Kota Bima, Indonesia pada Selasa.

Dia bertindak sedemikian kerana tidak puas hati disaman oleh pihak polis.

Menerusi video tular sejak Rabu itu, lelaki berkenaan dilihat duduk di tengah-tengah laluan kenderaan dengan sejadah kecil yang dibentangkan di hadapannya.

Dalam video sama, seorang anggota polis turut dilihat mengawasi keadaan lalu lintas disebabkan perbuatan lelaki tersebut.

Pada waktu itu, individu terbabit dilaporkan terus berdoa agar polis itu diberikan petunjuk.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan mendoakan supaya anggota polis yang memberi saman kepadanya menerima hukuman.

Beberapa kenderaan yang melalui jalan itu juga terpaksa mengelak daripada melanggar individu berkenaan.

Sementara itu, pihak polis dilaporkan memberi surat saman kepada lelaki tersebut kerana gagal mematuhi undang-undang jalan raya.

“Lelaki itu dikenakan saman kerana tidak memakai topi keledar dan tidak membawa lesen memandu.

“Dia membuat protes kerana motosikalnya disaman oleh polis,” tulis pemilik video tular itu.

Polis Indonesia bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu setakat ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*