Aksi liga membabitkan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam dicemari dengan insiden penyokong membaling batu dan mercun.
Satu video yang dimuatnaik SNE Sport menunjukkan sekumpulan individu dipercayai penyokong KL City bertindak membaling batu, suar dan mercun ke arah penyokong Harimau Selatan.
Mereka dilihat cuba menghalang penyokong JDT daripada meninggalkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
KL City fans rampage stone and flame 🧨 shellers to JDT fans after match at KLFA Stadium, Cheras last night
🎥 : Youtube / Fr7 Reborn#LigaSuper #KLCJDT #KLCity #JDT#SNESports#KelmeMalaysia pic.twitter.com/RShBQI5ciL
— SNEsports (@SNE_Sports) May 26, 2024
Walau bagaimanapun, tindakan mereka disedari oleh marshal keselamatan stadium dan pihak berkuasa. Situasi ini memaksa kumpulan individu berkenaan lari bertempiaran bagi mengelak ditahan.
Insiden ini dipercayai berlaku selepas tamat perlawanan antara The City Boys dengan Harimau Selatan. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan besar 5-1 buat pelawat.
Juan Muniz dan Fernando Forestieri masing-masing menyumbat dua gol dengan satu gol lagi disumbang oleh Syahmi Safari. Manakala Paulo Josue menyumbat gol saguhati buat KL City.
Ini bukan kali pertama insiden sebegini berlaku membabitkan aksi KL City dan JDT. Musim 2023 menyaksikan bas yang dinaiki penyokong Harimau Selatan dibaling batu.
Insiden itu berlaku selepas tamat perlawanan kedua-dua pasukan pada Mac tahun lepas. Insiden itu tercetus selepas KL City tewas 2-0 kepada JDT.
Turut baca :
Leave a Reply