Lelaki pakai seluar dalam ‘mondar-mandir’ setiap malam Jumaat undang pelbagai reaksi warga maya

VIDEO seorang lelaki di Kediri, Jawa Timur, Indonesia berkeliaran di sebuah kawasan perumahan dengan hanya memakai seluar dalam menjadi viral.

Apa yang menghairankan, dilaporkan kelibat lelaki berkenaan muncul pada malam Jumaat.

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @medsoskediri pada Jumaat (24 Mei), lelaki itu kelihatan berkeliaran sekitar pukul 3.00 pagi hingga 4.00 pagi, pada 10 Mei dan 17 Mei lalu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu tidak memakai baju atau seluar yang lengkap, sebaliknya hanya memakai seluar dalam berwarna hitam.

Dia dilihat mundar-mandir di kawasan perumahan berkenaan, dan sesekali menjenguk timbunan barang di hadapan pagar salah sebuah rumah.

“Apa ritual lain yang anda fikir ini… adakah anda pernah melihatnya?,” demikian kapsyen yang ditulis oleh pemilik akaun Instagram tersebut.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-ratanya meninggalkan komen lucu.

“Biarlah… untung pakai seluar dalam daripada tak pakai apa-apa.

“Baru habis latihan sumo tu.

“Ritual memanggil janda, min,”demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun, sehingga kini, identiti dan motif lelaki dalam video berkenaan tidak dapat dipastikan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*