SEORANG lelaki bertindak kejam terhadap isterinya apabila membunuh pasangannya itu lalu mengeratnya ke beberapa bahagian sebelum daging mangsa diberikan kepada jiran tetangga pada Jumaat.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Desa Cisontrol, Jawa Barat, Indonesia.
Menerusi laporan media Indonesia, suspek juga dengan tanpa rasa bersalah bertindak membawa daging isterinya di dalam sebuah besen sebelum menawarkan kepada jiran tetangga untuk dijual.
Penangkapan Rasum pelaku mutilasi istrinya sendiri Jumat pagi ini pukul 07:30 WIB, di Dusun Cimeong, Desa Cisontrol Kec. Rancah Kab. Ciamis.
Tragisnya potongan daging tubuh istrinya itu sempat ditawarkan ke tetangganya mengingat pelaku seorang peternak kambing. @PRFMnews pic.twitter.com/tTJ8hFwPD9
— Uus Rusdiana CIAMIS🇮🇩 (@UusRsd) May 3, 2024
Penduduk kawasan kejadian mula merasa ketakutan apabila semasa suspek mengedarkan daging kepada jiran dia didakwa kelihatan masih membawa pisau yang digunakan untuk membunuh isterinya itu.
Menurut laporan polis, penduduk yang ketakutan mula membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum pihak polis melakukan tangkapan terhadap suspek yang dikenali sebagai penjual kambing itu.
Jurucakap polis tempatan, Akmal mengesahkan suspek telah melakukan pembunuhan terhadap isterinya dengan mengerat beberapa bahagian.
⚠️ TRIGGER WARNING ⚠️
Suami Mutilasi Istri lalu Tawarkan Potongan Daging ke Ketua RT dan Warga ( 3 Mei 2024)
📍Rancah, Ciamis pic.twitter.com/3860BspKni
— Miss Tweet | (@Heraloebss) May 3, 2024
“Mangsa dikelar kedua-dua belah tangan dan kaki, manakala badan serta kepala masih bercantum.
“Kami sedang memindahkan mayat ke hospital untuk bedah siasat dan pelakunya disyaki suami mangsa,” katanya.
Suspek kini telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ciamis, Indonesia selepas dia bertindak agresif semasa tangkapan dliakukan.
“Ketika ditahan, suspek dalam keadaan terkejut dan mentalnya tidak stabil.
“Polis telah menemukan bukti pisau yang digunakan untuk mencederakan mangsa,” jelas Akmal lagi.
Turut baca :
Leave a Reply