{VIDEO} Pencari madu meninggal atas pokok berjaya diturunkan selepas 7 jam

Pencari madu meninggal atas pokok berjaya diturunkan selepas 7 jam.  Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menggunakan kaedah ‘hightline rescue’ dan sistem takal untuk membawa turun pencari madu yang meningg@l di atas pokok tualang di hutan Kampung Cabang Tongkat, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, Che Hussin Hassan, 62, dipercayai tersangkut dan tidak sedarkan diri ketika berada di atas pokok setinggi kira-kira 60 meter untuk mendapatkan madu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Jainal @ Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.09 tengahari.

Katanya, seramai 17 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi membawa turun mangsa yang diketuai Ketua Balai BBP Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar dan Pegawai Bomba Kanan I, Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan.

Selain itu, 10 anggota, dua pasukan bomba sukarela (PBS) serta tiga anggota pelepasan daripada pasukan Amanah, BBP Pasir Puteh turut ke lokasi.

“Ketika hadir ke lokasi, benar didapati mangsa tersangkut pada pokok ketinggian 60 meter.

“Komander operasi membuat `sizeup’ bagi memastikan kawasan selamat dan mengarahkan anggota membuat sistem 3:1 bagi menurunkan mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar berkata, kaedah hightline rescue dan sistem takal digunakan untuk menurunkan mangsa yang mengambil masa lebih tujuh jam.

Katanya, sebaik dibawa turun, mangs@ yang tidak sedarkan diri terus menjalani pemeriksaan sebelum disahkan meningg@l oleh pihak kesihatan jam 7.20 malam.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 8.14 malam termasuk membawa keluar m@yat m@ngsa untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Operasi turut membabitkan 23 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta 25 orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*