{VIDEO} Pemandu bas ekspres rentung dalam kemalangan babitkan treler

Seorang pemandu bas ekspres rentung, manakala 2 penumpang cedera selepas bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar.

Kejadian berlaku di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Gurun, Kedah, kira-kira pukul 4 pagi semalam.

 {VIDEO} Pemandu bas ekspres rentung dalam kemalangan babitkan treler  {VIDEO} Pemandu bas ekspres rentung dalam kemalangan babitkan treler  {VIDEO} Pemandu bas ekspres rentung dalam kemalangan babitkan treler  {VIDEO} Pemandu bas ekspres rentung dalam kemalangan babitkan treler

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.02 minit pagi dan jentera tiba di lokasi 17 minit kemudian.

Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah lori treler. Kemalangan menyebabkan bas ekspres berkenaan terbakar.

Hasil pemeriksaan mendapati, pemandu bas ekspres berusia 42 tahun rentung selepas tersepit dibahagian tempat duduk pemandu.

Manakala enam mangsa lain terdiri daripada seorang pembantu pemandu bas, empat penumpang bas ekspres, dan seorang pemandu lori treler terselamat.

Api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 4.37 pagi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*