{VIDEO} “Patut kena towing…” ‘King’ halang laluan OKU, wanita kecewa pemandu ‘blah’ tanpa rasa bersalah

Golongan orang kurang upaya (OKU) sering kali diambil kesempatan terutama terhadap kemudahan yang disediakan buat mereka ini.

Tidak kiralah tandas mahupun parkir, namun laluan memudahkan mereka juga sering ‘dikebas’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Intan Harith yang memaparkan bapanya berkerusi roda bersama anak di dalam ‘stroller’.

Difahamkan, bapanya yang berkerusi roda itu ingin turun dari laluan tersebut namun terhalang oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang parkir di kawasan berkenaan.

Susulan itu, wanita berkenaan terpaksa mencari cara lain untuk membawa ayahnya turun selain bengang akan sikap pemandu tersebut.

Tambahnya, selepas berjaya menurunkan ayahnya, pemandu kereta berkenaan datang dengan tanpa bersalah sekaligus tidak meminta maaf.

Rata-rata warganet turut bengang akan tindakan pemandu berkenaan. Malah, mereka juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu itu.

Turut baca

"Patut kena towing..." ‘King’ halang laluan OKU, wanita kecewa pemandu ‘blah’ tanpa rasa bersalah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*