{VIDEO} Pamer gaya ‘superman’, sekumpulan penunggang motosikal diburu polis

SEKUMPULAN penunggang motosikal yang dirakam menunggang secara berbahaya dan laju di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1), Pahang baru-baru ini mengundang perhatian warganet.

Dalam satu video berdurasi 29 saat yang tular sejak Rabu, memaparkan aksi ngeri ‘superman’ dilakukan penunggang terbabit sebelum salah seorang daripadanya terjatuh dan terbabas di laluan lebuh raya berkenaan.

Seorang penunggang motosikal yang lain kemudiannya cuba mengelak dari melanggar mangsa terjatuh itu namun gagal mengawal kenderaan sebelum turut terkulai di atas jalan raya.

Turut baca :

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Kuala Lumpur, pihaknya menerima rakaman tersebut selepas mendapat perkongsian ramai di laman media.

“Semakan terhadap video yang dirakam oleh salah seorang penunggang terlibat, kejadian berlaku berdekatan susur hentian Rehat dan Rawat Temerloh di LPT 1.

“Pihak polis telah mengarahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang untuk mengesan dan menjalankan siasatan terhadap penunggang motosikal berkenaan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Pihak polis menggesa mereka yang terlibat untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor pendaftaran motosikal terlibat telah dikenal pasti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*