Sikap cemburu melampu undang padah, penjual buah bunuh kekasih berdepan tali gantung

Sikap cemburu melampu undang padah, penjual buah bunuh kekasih berdepan tali gantung.

Seorang penjual buah berdepan hukuman gantung apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya sendiri, minggu lalu.

Tertuduh, Khoo Choon Heng, 44, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju T berwarna biru tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Choon Heng telah membunuh Koh Chea Ling, 26, di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Bayu Tinggi di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari pada 18 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi manakala tertuduh diwakili Peguam Sharonpal Singh.

Turut baca :

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 1 Mac tahun depan.

Sebelum ini juga dilaporkan seorang wanita mati dibunuh dengan kesan tikaman pisau bertubi-tubi pada badannya sebelum ditinggalkan dalam sebuah kereta di sekitar daerah ini.

Kejadian menimpa mangsa berusia 26 tahun itu diketahui susulan maklumat awam diterima polis kira-kira-kira pukul 2.17 petang pada 18 Disember lalu.

Motif kejadian dipercayai disebabkan cemburu dengan suspek kemudian mencederakan diri dengan menikam badannya menggunakan pisau yang sama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*