{VIDEO} “Padah menipu…” Auta lelaki asing jual tiket loteri palsu terbongkar

KOTA TINGGI – Tindakan seorang lelaki warga asing yang cuba memperdayakan seorang warga emas dengan menawarkan tiket loteri yang kononnya telah mendapat hadiah wang tunai membawa padah apabila ditahan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan.

Katanya, suspek dipercayai warga asing ditahan dengan bantuan orang awam di Bandar Kota Tinggi semasa cuba menipu seorang lelaki tempatan berumur 58 tahun dengan menawarkan tiket toto yang kononnya telah memenangi hadiah kemenangan wang tunai.

“Antara alasan yang digunakan untuk memperdayakan mangsa adalah menyatakan dokumen pengenalan diri seperti tiada pasport untuk menebus hadiah digunakan oleh suspek untuk meyakinkan mangsa membeli tiket loteri yang ditawarkan dengan harga tertentu,”katanya.
Katanya, mangsa kebanyakkan terdiri dari warga emas hanya menyedari diri mereka ditipu apabila cubaan mangsa untuk menebus tiket hadiah di kedai loteri gagal.

Tambahnya, dalam kes ini, polis telah berjaya merampas sebuah kereta, empat keping tiket toto disyaki palsu dan sebuah telefon pintar semasa tangkapan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*