{VIDEO} Gempar!!! Serpihan roket China lintas ruang udara Malaysia, ini berlaku selepas itu

Serpihan roket Long March 5B milik China dikesan melintasi ruang udara Malaysia di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak, hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pemantauan secara berterusan pihaknya menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara Bumi dikesan jam 12.55 tengah malam tadi waktu Malaysia.

“Serpihan roket berkenaan sudah terbakar semasa memasuki ruang udara Bumi dan pergerakan serpihan itu turut melintasi ruang udara Malaysia yang dikesan di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak.

“Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur, hari ini,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*