{VIDEO} “Orang tak hirau CCTV dah…” Lelaki ‘kantoi’ acah jual kuih sebelum rembat ‘parcel’ atas pagar

“Orang tak hirau CCTV dah…” Lelaki ‘kantoi’ acah jual kuih sebelum rembat ‘parcel’ atas pagar.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan seorang ‘rider’ membuat rondaan di taman perumahan sebelum mencuri bungkusan barang yang ditinggalkan di hadapan rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Arzlie Amir itu memaparkan pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran itu membuat mengelilingi kawasan taman perumahan terbabit beberapa kali.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga menggunakan taktik dengan berpura-pura menjual kuih di rumah jiran sebelum mengambil bungkusan yang terletak di tepi pagar kediaman teres berkenaan.

Meskipun nombor pendaftaran motosikal itu telah diperolehi namun rider berkenaan diberi peluang untuk memulangkan bungkusan yang diambil itu dengan cara baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Bertam Putra namun tiada laporan polis dibuat setakat ini.

Rata-rata warganet mengecam akan tindakan rider berkenaan. Malah, mereka turut mendakwa bahawa tindakan itu mencemarkan nama rider yang lain.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*