{VIDEO} “Insiden pelik…” Kecoh wanita tak bertudung kacau imam, rupanya ini terjadi

{VIDEO} “Insiden pelik…” Kecoh wanita tak bertudung kacau imam, rupanya ini terjadi.

Sebuah masjid di negara seberang dikejutkan dengan insiden pelik apabila seorang wanita tak dikenali menceroboh masuk ketika para jemaahnya sedang mendirikan solat Jumaat.

Detik kejadian ada dikongsikan oleh Fandy Affan di laman Tiktok yang mana perkongsiannya telah menjadi tontonan melebihi 500 ribu pengguna platform tersebut.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita tidak bertudung yang mengenakan pakaian t-shirt berwarna oren dengan selambanya berjalan di hadapan jemaah selain cuba untuk menyentuh imam masjid berkenaan.

Bagaimanapun, tindakannya sempat dihalang oleh seorang lelakli berjubah putih di saf pertama apabila dia dengan pantas menarik tangan wanita berkenaan dan membawanya keluar dari situ.

Kecoh wanita kacau imam, rupanya cari suami

Dalam hantaran lain pula, menyaksikan penjelasan daripada pihak pengurusan masjid berhubung insiden tersebut.

Difahamkan, wanita berkenaan sedang mencari suaminya yang juga merupakan imam solat Jumaat ketika itu.

Rata-ratanya tumpang risau dengan insiden berkenaan yang dianggap berbahaya kerana melibatkan keselamatan bukan sahaja imam tetapi juga jemaah yang lain.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*