{VIDEO} Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori

Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori

Dua individu maut dalam satu kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh, Perak, pada Sabtu

Kejadian yang berlaku ada pukul 7.46 pagi itu melibatkan tiga lori dan empat kereta.

Difahamkan, dua mangsa yang maut dalam kejadian tersebut masing-masing merupakan pemandu lori gula pasir dan lori yang membawa muatan logam.

Berdasarkan perkongsian foto oleh orang awam di lokasi kejadian, salah seorang pemandu yang maut ditemui dalam keadaan badannya berkecai dan melekat pada rangka dipercayai lori terbabit.

Dalam pada itu, laluan di kedu-dua arah juga didapati terhalang oleh tumpahan gula pasir dan muatan logam yang dibawa oleh kenderaan yang terlibat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.46 pagi.

{VIDEO} Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori {VIDEO} Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori {VIDEO} Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori {VIDEO} Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori {VIDEO} Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori {VIDEO} Ngeri! Dua maut nahas 7 kenderaan, badan pemandu berkecai, melekat pada rangka lori

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilaksanakan bomba sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seorang mangsa yang patah tangan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, PLUS dalam satu kenyataan di laman X memaklumkan, semua lorong di kedua-dua arah jalan terhalang ekoran berlakunya tumpahan gula dan serpihan badan lori yang terbabit.

“Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah ke selatan) dan Plaza Tol Gopeng (arah ke utara),” ujar ciapan tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*