Ngeri! Hanya itu mampu diucap warga maya setelah lihat video budak digilis lori

NGERI, hanya itulah yang mampu diucapkan oleh warga maya selepas melihat video tular seorang budak lelaki maut digilis sebuah lori di Klang, Selangor pada Rabu.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan oleh warga maya, Azrul Aziz Az, kemalangan ngeri yang berlaku di Telok Gong itu didakwa berpunca daripada pemandu kenderaan berat tersebut.

“Kejadian petang tadi di Telok Gong. Tengok dan fikir sendiri.

“Al Fatihah buat arwah. Mustahil tidak nampak kerana bukan dalam lingkungan titik buta. Mungkin pemandu yang buta,” tulisnya.

Melalui video yang dikongsikan, kanak-kanak malang tersebut sedang mengayuh basikal di sebuah jalan raya yang lurus sebelum dilanggar oleh lori tersebut.

Lebih malang lagi, mangsa yang terjatuh selepas dilanggar terus digilis tayar lori berkenaan

Difahamkan, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di badan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*