{VIDEO} Nekad potong di garisan berkembar, akhirnya ini terjadi

Nekad potong di garisan berkembar, akhirnya ini terjadi.

Sikap segelintir pengguna jalan raya yang gemar melanggar peraturan adakalanya membuatkan kita terfikir sama ada lesen yang diguna pakai itu sah ataupun sebaliknya.

Mereka sepatutnya faham dan praktikkan apa yang dipelajari sewaktu menduduki ujian memandu, agar kelak tidak mengundang kecaman sepertimana yang berlaku ke atas pemandu ini.

Dalam perkongsian Srezuan Nazlan Ismail di Facebook, menyaksikan tindakan pemandu kereta jenis ‘Hilux’ memotong kenderaan lain.

Bagaimanapun, ia mengundang kecaman dan tohmahan orang ramai apabila pemandu terbabit memotong di jalan yang sempit, malah kawasan itu juga tidak dibenarkan memotong kerana garisan ‘double line’.

Adapun begitu, dia tetap dengan keras kepalanya, malah sempat menjawab ketika berselisih dengan pemandu kereta dari arah bertentangan.

Disebabkan itu, dia hampir sahaja bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan, mujur ketika itu kereta yang dipandu tidak laju dan sempat berhenti.

Malah, orang lain pula kena beralah untuk menutupi kesilapannya berbuat demikian.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*