{VIDEO} “Nasib baik saya sempat melarikan diri…” Disangkakan biawak, rupanya buaya

“Nasib baik saya sempat melarikan diri…” Disangkakan biawak, rupanya buaya.

Seorang lelaki demam tiga hari selepas terkejut melihat seekor buaya merangkak naik ke tebing ketika sedang memancing di sebuah parit berdekatan pintu air Mak Neralang dekat Sungai Kampung Kok Keli pada Selasa lalu.

Mohd. Saupi Rosli, 22, berkata, dia masih teringat-ingat dengan kejadian itu apabila tidak menyangka haiwan reptilia tersebut boleh muncul dan berada di kawasan sungai berkenaan.

Menurutnya yang berasal dari Kampung Alor Tar di sini, dia pada mulanya menyangka haiwan tersebut adalah biawak dan terus memancing tanpa mempedulikan reptilia itu.

 

Katanya, dia terus memancing meskipun buaya sepanjang dua meter itu sudah menghampiri kakinya.

“Saya terkejut apabila rakan yang memancing tidak jauh daripada saya menjerit ‘buaya,buaya. Lari, lari’.

“Nasib baik saya sempat melarikan diri dan melihatnya dari jauh. Saya kemudiannya merakam video sebagai bukti bahawa ada buaya di parit itu,” katanya ditemui pemberita di Kampung Kok Keli, di sini hari ini.

Mohd. Saupi memberitahu, ini kali pertama dia terserempak dengan buaya kerana dia kerap memancing di kawasan tersebut yang merupakan lubuk kaki pancing.

Katanya, buaya itu akhirnya kembali ke dalam parit selepas dia melontarkan rim basikal.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*