“Nasib baik tak jadi kahwin…” Berang diminta ‘sponsor’ baju pengantin, lelaki ‘bedok’ bakal isteri

“Nasib baik tak jadi kahwin…” Berang diminta ‘sponsor’ baju pengantin, lelaki ‘bedok’ bakal isteri.

Hati siapa yang tidak kecewa apabila hari bahagia yang yang dinanti-nantikan tidak kesampaian.

Begitulah kisahnya untuk sorang lelaki di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia yang tergamak memukul bakal isterinya ketika dia diminta membayar kos pakaian untuk majlis perkahwinan mereka.

Perkahwinan lelaki dikenali sebagai AS, 26, dan pasangannya, IU sepatutunya berlangsung pada 24 Disember lalu, namun selepas kejadian itu, keluarga AS nekad membatalkan perkahwinan mereka.

“Keluarga pengantin lelaki membatalkan perkawinan kerana sudah tawar hati selepas kejadian itu. Kami sepatutnya berkahwin pada 24 Disember lalu,” kata IU.

Menurut IU, AS telah memberinya wang tunai berjumlah 40 juta rupiah (RM11,898) yang digunakan untuk menyewa pentas perkahwinan, gambar pra-perkahwinan dan mencetak kad jemputan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju bahawa IU tidak perlu memulangkan wang tersebut kerana perkahwinan mereka dibatalkan oleh keluarga pengantin lelaki.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*