{VIDEO} Nahas lori rempuh kereta, adik sayu tatap jasad abang kaku depan mata

SEORANG pelajar maut sementara ibu dan adiknya cedera parah dalam nahas membabitkan di Kilometer (KM) 11, Jalan Benut/Simpang Renggam, Johor pada Sabtu.

Mangsa, Muhammad Hayqal Mohd Asdi Jastani, 14, tahun duduk di belakang kereta yang dipandu oleh ibunya, Jalilah Jalil, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara ibunya pula cedera parah di kaki dan tangan, manakala adiknya, Muhammad Naim, 12, cedera parah di tangan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 8.40 pagi.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang datang dari arah Simpang Renggam menghala ke Benut hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Situasi itu menyebabkan lori tersebut bertembung dengan kereta yang datang dari arah Benut menghala ke Simpang Renggam hingga mengakibatkan seorang penumpang belakang kereta berkenaan cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pertembungan itu juga menyebabkan pemandu kereta dan penumpang hadapan lori tersebut mengalami kecederaan parah di kaki dan tangan.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Pontian bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Beliau turut memaklumkan, pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*