{VIDEO} “Motor turut dibakar…” Disyaki cuba curi ‘skrap’ getah, lelaki ‘nyawa-nyawa ikan’ dibelasah orang kampung

Seorang lelaki mengalami kecederaan di beberapa anggota tubuhnya selepas teruk dibelasah penduduk kampung.

Sumber awal mendapati, sebelum kejadian mangsa disyaki cuba untuk mencuri skrap getah di sebuah kebun dan tindakannya itu berjaya dikesan.

Menerusi perkongsian di Twitter, menyaksikan keadaan mangsa sudah terbaring dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

Dalam keadaannya yang lemah, kelihatan dia mengangkat tangan beberapa kali sepertinya meminta agar mereka berhenti memukulnya.

Dalam video berlainan, memperlihatkan pula sebuah motosikal dibakar dengan api yang sedang marak.

Namun, tidak dapat dipastikan identiti pemilik kenderaan pacuan dua roda itu adalah kepunyaan mangsa atau sebaliknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Mulkiaman Bin Manzar dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pad 18 Julai lalu sekitar jam 8.10 malam.

Dalam waktu sama, pihaknya juga turut menerima laporan berhubung kes curi hasil kebun getah milik individu di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, suspek telah diserahkan ke balai polis dalam keadaan dirinya tercedera di beberapa bahagian anggota badan dan dua kertas siasatan juga telah dibuka berhubung insiden tular.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*