VIDEO | Mayat disumbat dalam guni ditemui di stor besi buruk

Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah stor penyimpanan besi buruk, di Serdang, Selangor siang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan berkata mangsa mangsa ditemui disumbat dalam karung guni.

Tambah beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Seorang lelaki memaklumkan menemui mayat itu di sebuah stor penyimpanan besi buruk.

Setakat ini identiti mangsa belum diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Polis katanya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3-0-2 Kanun Keseksaan

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis.

Turut baca :  Empat ‘lembaga hitam’ di Stadium MBPJ curi tumpuan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*