{VIDEO} Mangsa samun ditinggalkan diperkuburan Cina, tiga individu menyamar polis diburu

Baru-baru ini, tular sebuah video orang awam yang memaparkan insiden seorang lelaki Cina disamun di depan kedai

Menerusi video berkenaan, kelihatan tiga lelaki menarik seorang lelaki Cina ke dalam sebuah kereta. Lelaki itu sempat menjerit tolong sebelum disamun.

Difahamkan, mangsa lelaki Cina itu dan teman wanitanya yang berusia 22 tahun ketika itu berada di restoran.

Mereka didatangi tiga lelaki tidak dikenali memakai penutup muka dan bertopi yang menaiki kereta Perodua Bezza bernombor pendaftaran palsu, VBW 8268.

Polis sedang mengesan tiga lelaki yang menyamar sebagai polis

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mangsa berusia 24 tahun ditarik suspek ketika bersama teman wanitanya berada di restoran itu pada jam 5.30 petang.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai polis dan terus menarik mangsa masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan berkenaan.

“Pada jam 1.30 pagi, 3 Mei lalu, mangsa ditinggalkan di kawasan perkuburan Cina di kawasan Bukit Ubi, di sini dalam keadaan kepala masih bertutup.

“Mangsa kemudiannya berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan rakannya. Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM18,000,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*