{VIDEO} “Macam bagi ayam makan…” Netizen kecam cara ‘Sheikh’ kongsi rezeki

“Macam bagi ayam makan…” Netizen kecam cara ‘Sheikh’ kongsi rezeki. Perbuatan seorang lelaki berstatus Sheikh menerima pelbagai respon yang rata-ratanya mengecamnya kerana membaling duit pada jemaah di dalam masjid.

Kejadian itu dapat dilihat dalam perkongsian Saiq Al Faqih apabila lelaki tersebut tiba-tiba bangun dan terus melempar duit dipegangnya kepada jemaah yang duduk di hadapannya.

Maka, mereka pun berebutlah mengambil duit tersebut sementara yang lain lebih memilih untuk duduk dan melihat.

Mungkin niatnya ingin berkongsi rezeki, namun caranya dilihat sangatlah biadap, malah di dalam Islam juga tidak mengejar umatnya bertindak sedemikian.

Ramai menegur lelaki berkenaan dengan memintanya menjaga adab serta gelaran Sheikh yang ada padanya supaya tidak menimbulkan fitnah.

Pun begitu, ada yang beranggapan dia berbuat demikian agar pembahagiannya adil kerana jika dihulur dengan tertib, pasti hanya jemaah di barisan hadapan yang dapat, bimbang jemaah di belakang kecil hati.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*