“Mabuk judi…” Tak kisah dianggap persenda agama, wanita bertudung buat ritual di tokong. Masih belum reda isu mempersenda agama sejak bulan lalu, kini muncul pula satu lagi video mendapati seorang wanita bertudung membuat ritual keagamaan di tokong Cina.
Menerusi paparan yang dikongsi oleh nanmanjoi di Twitter, kelihatan wanita berbaju ‘mustard’ serta bertudung coklat itu menyembah barangan di hadapannya menggunakan colok.
Yg hari2 buat pn xmenang2 4D…
— محمد انوار ريظوان (@Official_Rdzwn) August 14, 2022
Tidak dengan itu, kedengaran juga suara seorang lelaki yang juga berbangsa Cina memaklumkan kepada wanita itu tentang ‘ong’ atau nasibnya selepas ini apabila ia membeli nombor.
Melihat perkongsian tersebut, tiada kata mampu diungkapkan selain rasa sedih dan berharap ada tindakan susulan dikenakan ke atasnya kerana telah mempersenda agama Islam.
Pun begitu, pemilik akaun tidak memaklumkan lebih lanjut akan lokasi kejadian.
Leave a Reply