{VIDEO} ‘Cuak’ tengok guni terapung bergerak-gerak, ramai turut sebak setelah tahu hal sebenar

‘Cuak’ tengok guni terapung bergerak-gerak, ramai turut sebak setelah tahu hal sebenar.  Perasaan curiga melihat sebuah guni terapung sedang bergerak-gerak di parit mendorong pemuda dan rakannya untuk berhenti melihat isi di dalamnya.

Menerusi perkongsian adi septian, menyaksikan detik bilamana dia rakannya cuba mengambil guni tersebut untuk dibawa naik ke darat.

Selepas membuka ikatannya , alangkah terkejutnya mereka apabila melihat ada ‘makhluk’ Allah yang masih bernyawa di dalam karung berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang menimpa makhluk tadi, malah anggota tubuhnya juga masih cukup dan sempurna.

Ramai ikut sebak melihat nasib kucing berkenaan apabila diperlakukan demikian.

Menurut mereka, meskipun bukan pencinta haiwan, tetapi masing-masing belum pernah lagi terfikir untuk berbuat sepertimana yang dilakukan oleh individu tak berhati perut itu.

Dalam waktu sama, pemuda dan rakannya juga dihujani ucapan terima kasih kerana kesudian mereka menyelamatkan makhluk berkenaan daripada mati.

Turut baca

'Cuak' tengok guni terapung bergerak-gerak, ramai turut sebak setelah tahu hal sebenar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*